Sunday, September 18, 2005
Syukur Alhamdullilah usiaku dipanjangkan sehingga ku dapat sekali lagi menyambut Malam Nisfu Syaaban. Malam yang penuh barokah..penuh mustajab dan penuh rahmatNYA. Hari nisfu sya'ban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Kebesaran hari ini diterangkan oleh Rasulullah SAW.
"Malaikat Jibril mendatangiku pada malam Nishfu Sya'ban (hari ke 15) , seraya berkata Hai Muhammad, malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Bangunlah dan Shalatlah, angkat kepalamu dan tadahkan dua tanganmu kelangit.
Rasulullah saw bertanya, mengapa pada malam 15 Sya'ban?
Jibril menjawab Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah.
Rasulullah pun keluar, lalu mengerjakan Shalat (sendirian) dan menangis dalam sujudnya, seraya berdoa, "Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab dan siksa-Mu serta dari kemurkaan-Mu. Tiada kubatasi puji-pujian kepada-Mu sebagaimana Engkau telah memuji diri-Mu. Maka kepada Mulah segala puji-pujian itu hingga Engkau rela " ( H.R. Abu Hurairah).
Ibadah
"Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran. "
Agaknya adalah dalam 6000 orang di expo tadi. Semua ingin berebut fadilat malam ini. Semuanya bermohon akan Allah SWT....dipimpim oleh Ustaz Fahrurrazi...
"Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."
(Doa Nisfu Syaaban)
Sungguh sayu dan kerdil rasanya diri ini. Yang sentiasa bergelumang dengan dosa. Ku mohon keampunan darimu Ya Allah...semoga buku baru ku akan mengandungi lebih banyak perkara yang KAU sukai dari yang KAU murkai...Jauhkanlah diriku ini dari azab api nereka Ya Allah..!
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah SEMENTARA...hanyalah satu PERSINGGAHAN...! Yang kekal di AKHIRAT kelak....Semoga kita ditempatkan dikalangan mereka yang disayangi ALLAH SWT...InsyaAllah!



